Sunday, 13 January 2013
Gadis Pantai
" Ah Bapak. Bapak! Aku tak butuhkan sesuatu dari dunia kita ini. Aku cuma butuhkan orang-orang tercinta, hati-hati yang terbuka, senyum tawa dan dunia tanpa duka, tanpa takut " bentak Gadis Pantai.
Aku yang sedang gulung rokok di atas wakaf sambil mengait pukat terdengar. Kau belum benar-benar kenal dunia, kata gua dalam hati. Dalam dunia belum ada perkara yang pasti melainkan momen nyawa kau ditarik Izrail dan akhirat. Kau bergayut dengan awek kau sampai telinga kau capang pun belum tentu kau akan kahwin dengan dia. Boleh jadi lepas kau bergayut, awek kau muntah darah lepastu mati.
Bercinta ni gua rasa macam celaka pun ada manis pun ada. Celaka bilamana kau bergaduh dengan pasangan kau dan pasangan kau jenis kepala batu. Manis pulak bila dapat makan free. Walaupun gua bukan ekselen dalam perihal cinta ni, gua rasa 80 peratus tak perlu bercinta lagi selagimana kau belum bersedia. Bersedia kat sini maksud gua adalah selagi kau belum ada wang, kereta dan amal solih. Juga kau ada pasang niat nak bersama selamanya.
Kalau setakat duit mak bapak, duit kerajaan bagi untuk menampung pelajaran kau, gua sarankan kau simpan nafsu serakah kau dulu. Gua teringat satu petikan gua pernah jumpa, member gua ni kacak juga tapi dia bilang begini " aku bukan taknak bercinta tapi sebab aku rasa aku belum mampu, sekarang ni belajar pun berhutang dengan PTPTN, takkan nak belanja awek pakai duit hutang ". Menangkap betul ayat dia.
Tapi kalau kau rasa kau dah dalam golongan yang wajib/mampu. Segerakanlah sunah. Kalau belum lagi, puasa lah kahkah tengok boleh tahan ke tak. Silap-silap ke Jalan Pasar perginya. Amal solih pulak bertujuan untuk kau mengemudi bahtera rumahtangga nanti. Kalau nak zuriat baik, kau kena jadi baik dulu (member gua pesan. i love you drinkwater).
Banyak perkara kau mesti tahu sebelum kau bercadang mendirikan masjid. Ragam-ragam pasangan ni lain-lain. Ni gua tak huraikan memandangkan gua bukan arif pasal bab ni.
p/s: gua dah nekad lepasni biar awek yang usha gua. Tu pun bila gua rasa gua mahu menimang cahaya mata takpun biar mak gua yang carikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
terbaikkk..mmg kuri bagi 4star...pasni ups lagi..
en pisang hoi..boleh tanye ape maksud hidup sebatang pisang?
encik pisang tak menulis lagi ke dah kena goreng ke macam mana?
sibuk katenye...biasalah brg hotstuff
Post a Comment