Gua adalah penulis kedua kepada blog cik kuri. Gua menjadi sebegini kerana gua malas nak buat blog sendiri. Dulu gua pernah buat satu blog cuma gua tak tahan dikejar gadis-gadis yang gilakan tulisan gua. Cuba lu bayangkan kalau semua ni kejar gua, tak ke penat gua berlari. Kalau macam sekarang ni mungkin cik kuri yang dikejar nanti. Takpe sebab cik kuri kuat berlari. Nak diikutkan cerita, cik kuri dulu berlari sebelum punya kenderaan. Nak ke Mid Valley dia berlari, ke Mines apatah lagi. Nak pulang ke kampung di Pahang pun dia berlari kadang-kadang.
Sebenarnya gua pun tak tahu berapa lama gua akan menjadi penulis di sini. Hal ini kerana keadaan gua sekarang yang agak tidak menentu, ditambah dengan cuaca yang panas dan kadangkala hujan, gua sekadar mahu melepaskan apa yang terbungkam dalam hati gua ni. Perempuan ni kalau dia marah, dia cakap ikut sedap mulut je, lepastu baru menyesal. Gua bukan nak salahkan sesiapa cuma what the hell, jangan la ikut perasaan sangat. Ish panas pulak gua.
Gua tak nafikan bukan semua gadis sebegitu, dan tak semua jejaka macamtu. Jadi gua nak betulkan bahawa gua nak cakap tentang perasaan amarah. Gua bukannya jenis cool boleh tahan marah sampai menggigil badan, tapi gua ada level. Gua bukannya nabi boleh tahan sabar dengan perangai budak-budak yang baling gasing atas kepala gua dengan sengaja. Silap-silap budak ni boleh meninggal kena lempang dengan gua kalau diizinkan tuhan.
Cuma gua nak pesan kalau nak marah, ikut lunas-lunas dalam Islam yang dah diajar. Gua malas nak jadi UAI pulak kat sini walaupun gua tak berapa follow UAI. Cuma kau semua fikir banyak kesan negatif bila kau marah ni. Kalau kau marah sampai dah pecah kan pinggan takkan kerja asyik nak beli pinggan je, takpun makan dengan family pakai pinggan plastik. Kahkah macam tadika. Marah pun kena adil jugak, marah pada tempatnya. Baru la orang tak panggil lu gila.
p/s: Gua tungguuu je nak tibai cik kuri ni.
1 comment:
sat2...tang berlari ke mid,mines and kg tuh eden x lari...cuma membawa diri istilah lari dr keadaan ada lah,,bukann runner ok.
#hey pisang kan tibai den plak. hidup2
Post a Comment