Hanis tersenyum hamis. Dibaca sehingga habis suapan berita dari skrin komputer riba. Banyak betul cerita pasal tentera harini.
Hanis tertumpu pada satu artikel yang dikongsi rakannya, Hamis. Entah mengapa hati Hanis jadi gundah gulana. Hendak dikomen rasa bersalah, tak dikomen dilabel pesalah.
Hanis jadi tak keruan. Hanis sudah kenal Hamis lama. Hamis juga kenal Hanis lama. Tapi Hamis tak sensitif. Hamis meluahkan perasaan mengikut jari. Hamis tidak menggunakan akal. Hamis tak fikir perasaan Hanis. Hamis tahu apa yang diluah jarinya dilihat oleh Hanis dan mungkin orang lain cuma Hamis ambil sikap tidak apa.
Hanis mengambil tindakan membuang Hamis dari senarai rakan. Hanis tidak mahu dibelenggu perasaan ditelan mati emak diluah mati bapak. Bagi Hanis, tidak bersama di alam maya tidak bermaksud tidak bersama juga di alam nyata. Cuma Hanis tidak mahu perasaan di alam maya dibawa ke alam nyata.
No comments:
Post a Comment