Monday, 17 August 2015

ALAM

Alhamdulillah, setelah satu alam kite bergerak ke alam yg lain pula..

dengan kuasaNya, kebesaranNya. tiada daya aku untuk melakukan semua ini. 5bulan menjadi pembantu penyelidik selepas aku bercuti di dubai negara yang moden penuh pesat dengan keindahan alam dari atas terlihat seperti bandar di tengah-tengah padang pasir.

Kini aku menjejaki ke alam pekerjaan, walaupun bukan bidang engineering, *(aku sering berkata aku xnak keje bidang ni) hmm doa termakbul..kata2 itu memang doa. Allah telah mngaturkan semua nya Allah maha Mengetahui.

dua mggu lepas , 3 ogos aku ditemuduga oleh 3 pekerja kilang kecil..sejujurkan aku belum pernah melalui saat ini, genting sempit celaru berdebar exicted sesak nafas xde cukup air liur dan bagai2 lagi rasa masa tu. Tp syukur Allah membantu aku yg sering kali alpa di saat gembira. Malu rasa hati ini.

seminggu kemudian, aku mendapat panggilan mnyatakan aku telah berjaya..syukur sekali lagi. Kini aku rasakan peluang yang diberi nikmat yang dikurniakan xkan aku sia2kan aku akan cuba untuk mendekatkan diri kepadaNya untuk menjadi hamba yang soleh.

*aku saja je post sinni, malas nk nk heboh2 kan..cam ayam bertelur riuh sekampung. sini xde orang..ok le...

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah tuan blog dah dapat kerja! Share sikit tips nak dapat kerja. Diri ini dah berbulan jugak tanam anggur.

p/s: anonymous bcoz u dont know me n i dunno u too. just a silent reader